Pusat Kerjaya UMPSA    

Articles

Lawatan Penanda Aras Kebolehpasaran Graduan (GE) daripada pihak Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan

Lawatan Penanda Aras Kebolehpasaran Graduan (GE) daripada pihak Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan

Jumaat, 18 Ogos 2023;

Lawatan Penanda Aras Kebolehpasaran Graduan (GE) daripada pihak Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Teknikal Malaysia Melaka ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Lawatan tersebut disambut oleh pihak Pusat Kerjaya dan Pusat Perhubungan Alumni bertempat di Dewan Bankuet, Canseleri UMPSA Gambang.

Terima kasih atas kesudian pihak Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara, untuk mengadakan sesi lawatan penanda aras Kebolehpasaran Graduan (GE) di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Semoga sesi perkongsian ilmu, pendapat dan ukhwah dapat diteruskan dimasa hadapan untuk kerjasama lain yang lebih besar. Terima kasih

 

 

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023

10 Jun 2023, Astaka, UMP Kampus Gambang - Hampir 1200 pengunjung telah hadir ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023 yang telah bermula pada 10 Jun 2023. Seramai 25 industri telah mendaftar sebagai pempamer dengan pelbagai tawaran bidang pekerjaan dan peluang latihan industri.

Program ini telah dimulakan dengan sesi perkongsian bersama industri iaitu Alliance Steel Sdn. Bhd. yang bertajuk Joint Effort, For A Better Future in Malaysia, For Malaysia Imagine Future; sesi perkongsian bersama wakil Alumni UMP, Ts. Mohd Faiz bin Zulkifli dengan tajuk Antara Makan Gaji dan Kerja Sendiri: Mana Satu Pilihan Hati; dan sesi bersama CelcomDigi.

Program ini telah mendapat sambutan yang meluas dikalangan pelajar tahun akhir, pelajar yang bakal menjalani latihan industri, rakan-rakan Universiti Awam serta orang awam. Pada sesi petang pula terdapat sesi perkongsian dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkenaan dengan MDEC-GLOW: Digital Freelancing Training yang disampaikan oleh En. Haziq Hissham. Program ini turut dilengkapi dengan penglibatan peniaga melalui jualan gerai-gerai makanan.

Terdapat sesi perkongsian bersama Alumni UMP, sembang kopi bersama entrepreneur, program bersama CIDB, persembahan creativepreneur dan sesi cabutan bertuah untuk semua pengunjung yang hadir.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Binti Noordin (Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (ICON),  diiringi oleh Profesor Dr. Izwan bin Ismail (Pengarah UMPCC).



#IG: umpcareerfair
#Facebook: Karnival Kerjaya UMP
#Tiktok: careerfairUMP
KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN UMP 2023

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN UMP 2023

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN UMP 2023

Mencari pekerjaan? Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri pameran kerjaya 2 hari kami, di mana anda akan mendapat akses kepada lebih 1000 peluang pekerjaan daripada lebih 20 industri yang menyertai karnival ini.

Sertai kami pada 10 & 11 Jun 2023, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang, dan berjumpa dengan para majikan untuk membincangkan latihan amali, peluang pekerjaan dan latihan yang tersedia.

Sama ada anda seorang graduan baru atau sedang mencari perubahan kerjaya, ini adalah peluang terbaik untuk menjalin rangkaian dan mencari pekerjaan impian anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan kerjaya anda - tandakan kalendar anda dan bersedia dengan resume dan penampilan diri anda yang professional.

Keterangan lanjut program boleh dirujuk pada pautan ini https://rb.gy/jpl2u

Jumpa anda di sana.

Program Forum Kerjaya - “From Campus to Career: A Guide to Nailing Interviews and Securing Employment”

Program Forum Kerjaya - “From Campus to Career: A Guide to Nailing Interviews and Securing Employment”

Gambang, 25 Mei 2023 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Proses (FTKKP) dengan kolaborasi bersama Pusat Kerjaya UMP (UMPCC) mengadakan Program Forum Kerjaya
bertajuk "“From Campus to Career: A Guide to Nailing Interviews and Securing Employment” bertempat di WDKU-K-01 UMP Kampus Gambang.
Program ini dihadiri oleh pelajar dari UMP Kampus Gambang dan bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan apakah skill semasa atau kualiti yang perlu
ada di industri minyak dan gas, strategi, kesalahan yang dilakukan pelajar semasa temuduga, kelebihan berada di industri yang besar dan pelbagai lagi tips berguna untuk pelajar.
Tuan Syed Hafizurrahim Bin Syed Ibrahim - Jurutera Petroleum, Encik Ir Hasrin Bin Hashim - Pengarah Eksekutif HUDA Group Of Companies & YM Raja Fernaliz Binti Raja Harris - Pengarah Teknikal EXS Synergy Sdn. Bhd. telah dijemput bagi menjadi panel bagi program ini.
Turut hadir di program tersebut adalah Pengarah Pusat Kerjaya UMP (UMPCC) Dr Izwan Ismail & Timbalan Dekan Akademik FTKKP, Dr Rozaimi Abu Samah.

National Training Week (NTW) 2023

National Training Week (NTW) 2023
Event by HRD Corp - Human Resource Development Corporation

Join us and gain access to more than 5,000 courses and comprehensive training programs designed to maximise your potential. Whether you're looking to advance your career or learn something new, we've got you covered.

Sign up now and start learning at https: https://www.nationaltrainingweek.gov.my/

#HRDCorp
#NTWMalaysia
#NationalTrainingWeek
#NTW2023
#UnlockYourPotential
#SkillsTraining
#ProfessionalDevelopment

Creafting Your Career: Resume and Interview Mastery

Creafting Your Career: Resume and Interview Mastery

In today's competitive job market, having a well-crafted resume and excelling in interviews are essential to stand out among other candidates. Ms Adila, a renowned psychologist from our office, recently delivered an insightful talk on the importance of creating an impressive resume and shared valuable tips on acing interviews. Her expertise and guidance can significantly enhance your chances of securing your dream job. 

Details:
📅 Date: 7th May 2030 (Sun)
⏰ Time: 9:00 PM - 10:00 PM

CAREER PROFILING ROADSHOW

CAREER PROFILING ROADSHOW

Date: May 13 & 14, 2023

Universiti Malaysia Pahang (UMP) hosted a highly anticipated Career Profiling Roadshow, held on May 13 and 14, 2023. The event aimed to equip students with the necessary tools and opportunities to kickstart their professional journey through the innovative myNEXT system, powered by Tallencorp. This groundbreaking career profiling platform opened doors for students to secure industry training placements and employment prospects.

SAMBUTAN HARI RAYA JHEPA

Date: May 12, 2022

Universiti Malaysia Pahang (UMP) came alive with vibrant colors, cheerful laughter, and the fragrance of delicious food on the auspicious occasion of Hari Raya Aidilfitri. This joyous festival, celebrated by Muslims worldwide, brought together the UMP community to celebrate and foster a sense of unity, harmony, and gratitude.

Image
— Contact
Pusat Kerjaya UMPSA
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan,
Pahang Malaysia
+609 431 5023
li@ump.edu.my

— Quick Link